Abstrak Thesis Bahasa Melayu
Di UPM sini, yg namanya abstrak thesis, harus dibuat baik dalam bhs Inggris maupun bhs Melayu. Nah, ini abstrak thesis saya dalam versi Bahasa Melayu. Abstrak thesis ini dibikin dengan bantuan temen yg org Malaysia, dan salah satu supervisor. Sang supervisor terutama membantu menterjemahkan istilah² khusus yg berhubungan dengan bidang research saya. Pas udah jadi, saya sendiri pusing lho, bacanya.
Coba, masih bisa ketebak nggak versi English-nya gimana?
Model lokasi fasiliti konvensional dapat dilaksanakan dalam Penyelidikan Operasi (OR) tulen tanpa penggunaan mana-mana Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini cuba memajukan proses pemilihan lokasi dengan cara melakukan integrasi GIS kepada satu model lokasi fasiliti bernama Maximal Covering Location Problem (MCLP), membentuk suatu model perluasan yang disebut Masalah Kawasan Perkhidmatan Maksima (MSAP). Dalam MSAP, ruang selanjar dianggap sebagai kawasan permintaan, oleh itu nilai optimal lokasi fasiliti diukur dari keluasan kawasan permintaan yang dapat diberikan perkhidmatan oleh satu set fasiliti. Kelebihan utama model MSAP adalah ia mengambil kira laluan jalan raya dalam menghitung keluasan perkhidmatan. Objektif model ini ialah memaksimakan keseluruhan keluasan perkhidmatan dari jumlah fasiliti yang tertentu. MSAP merupakan model diskrit dimana satu set fasiliti yang paling memuaskan objektif model akan dipilih dari satu set terhad lokasi cadangan. Teknik untuk menentukan lokasi-lokasi cadangan itu sendiri merupakan sebahagian dari kajian ini. Bentuk-bentuk geometri tertentu biasanya digunakan dalam teselasi, seperti heksagon dan segi empat, dimanfaatkan untuk memperoleh lokasi-lokasi cadangan yang tersebar merata di seluruh kawasan kajian. Bentuk-bentuk geometri tersebut digunakan untuk membahagi kawasan kajian ke dalam beberapa wilayah berukuran sama. Lokasi-lokasi cadangan kemudian dipilih dari tapak-tapak yang memiliki nilai tertinggi pada indeks kesesuaian tapak dalam setiap wilayah, ditambah dengan fasiliti-fasiliti yang sedia ada. Dua algoritma optimisasi, Greedy Adding (GA) dan Greedy Adding with Travel Time Evaluation (GATT), dibangun untuk menyelesaikan persoalan matematik dari model MSAP. Sebagai kajian kes, balai bomba di Jakarta Selatan dipilih untuk menilai keberkesanan model. Hasil akhir kajian ini menunjukkan bahwa, dalam jumlah balai bomba dan masa perjalanan yang sama, kedua-dua GA dan GATT memberi liputan yang lebih baik daripada liputan yang sedia ada. GA berjaya mencapai hingga 82.98% liputan dan GATT berjaya mencapai 81.96%, sementara liputan yang sedia ada hanya mencapai 73.82%.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply
Home
Country
Music
Islam
Childbook
Disaster
Shop
Blog